Percaya kepada diri & Jangan berputus asa



ALKISAHNYA. . .

Seorang pemuda, Derek Redmond ingin memenangi larian 400 m, acara kegemarannya semasa olimpik musim panas di Barcelona pada tahun 1992 . Walaubagaimanapun, kekecewaan menjelma kira-kira 250 m dari garisan penamat. Kejadiannya, kaki dia dalam kekejangan hingga menyebabkannya terpaksa behenti dan kemudian jatuh menahan seribu kesakitan . .

Walaupun dia mengetahui yang penyelamat yang telah ditugaskan akan menyelamatkannya, dia terpaksa membuat keputusan, walaupun seribu kesakitan membaluti dirinya, dia terus bangkit dan berjalan pincang dalam keadaan yang amat menyeksakan disepanjang landasan balapan tersebut.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang gagah, menolak orang ramai dan mencelah disebalik pengawal keselamatan untuk menyokong perjuangannya. Lelaki tersebut ialah bapanya, bapa yang selama ini memberikan semangat yang gentar untuknya.

Disitu bapanya telah berkata kepada anaknya diiringi air mata yang keguguran jatuh dipipi " kamu tidak perlu berbuat demikian ".

Si anak terus menyatakan "saya harus melakukan  ini" .

Sekali lagi si ayah menjawab "Kita akan menghabiskan perjalanan ini bersama-sama"

Setelah itu, bapanya terus memeluk tubuh anaknya dan membantu anaknya yang berjalan dalam keadaan pincang melalui landasan balapan tersebut.

Sejurus sebelum menuju lorong penamat, bapanya melepaskannya dan anaknya menamatkan perlumbaan iaitu menuju ke garisan penamat. Kerana berkat tidak pernah berputus asa si anak tersebut telah mendapat tepukan gemuruh daripada 65000 orang penonton yang hadir dalam menyaksikan perlumbaan tersebut sebagai penghargaan yang amat bernilai dan bermakna.

Walaupun Derek Redmond tidak berjaya mendapat tempat yang pertama, tetapi dia telah berjaya menamatkan perlumbaanya.  Walaupun kerahan bibit kesakitan, walaupun air mata berguguran, keazamannya  mencapai matlamatnya amat membanggakan.

Motivasi yang kita dapat juga melalui perasaan sayang yang amat mendalam dirinya membantu anaknya  apabila anaknya dalam kesempitan berusaha mencapai matlamatnya iaitu anaknya jatuh. APA YANG MENYEBABKAN BAPANYA BERBUAT DEMIKIAN?? sehingga berganjak dari tempatnya berdiri untuk bertemu dengan anaknya. Dia  dapat melihat penderitaan dari riak muka anaknya menahan kesakitan, tetapi si anak tetap ingin menamatkan perlumbaannya. Jadi si bapa datang membantu anaknya menamatkan perlumbaan tersebut . . betapa besarnya pengorbanan mereka berdua.

Luahan sanubari,
Kenapa selama ini kita tak pernah menghargai diri sendiri dalam setiap kesusahan yang kita alami, kita menyakiti, memberontaki diri, membenci diri dan menyeksakan diri sendiri. Kenapa kita tidak pernah sedar betapa pentingnya diri sendiri. Cuba perhatikan video diatas si Derek, dia bangga dengan dirinya, dia tidak pernah berputus asa. tapi kita???


Melalui ini,
Saya harus percaya dengan diri sendiri. Jangan sesekali saya berputus asa dalam menjalani kehidupan saya. Peduli apa yang orang kata. Saya harus berganjak kehadapan. Jatuh bangun saya, saya yang menentukannya. Saya ada pilihan dan pilihan yang saya buat adalah yang terbaik untuk saya. 

Menyayangi diri saya amatlah penting, kerana saya amat berharga. setiap hembusan nafas saya amatlah berharga. Berjuang selagi jasad dikandung badan. WOW, HEBAT, YES! YES! YES! . .

No comments:

Post a Comment

Jom Bubuh Komen Korunk Kat SINI. . .