1st day Gawai on 31st june. . .

Malam ni orang akan minum air pengayu, tu lah perkara yang akan dibuat paada setiap menjelang hari gawai. Dah adat pabila tibanya musim gawai katakan. Em malam ni makan sedap, dah lama tak makan malam sesedap malam nih,  maklum lah dah kuar dari gua, apalah yang sedap ketika berada di dalam gua . .Makanan entah apa2 dalam gua tu, langsung tak sedap, atui. . . ,

Malam ni bahgianya makan, ya ku tuan best nya.. . .kalau hari2 makan begini kan best, GUMIL jadinya. hope hari gawwai ni dapat memberi ketenangan dan semangat baru agar matlamat dan komitmen aku tercapai dan segala hasrat aku aku tercapai juga.

besok semakin rancak aku rasa, jangankan malam ni dah begema bunyi mercun berdisco di dalam gegendang telinga. MAk oii terkial2 telinga aku. ..

Malam ni menunggu saat kul 12 jer......hahahahahahahah


catatan Selasa
0849 malam, 31 June 2011

hari ini Perang heBat . .

owww.. mantap hari ni, luahan demi luahan yang keluar dari kotak hati. .Panas nyah, berangat telinga kalau bagi sesiapa yang mendengar setiap perkataan yang dilontarkan oleh setiap mulut malaikat yang memendam rasa. .hahahhahahahaha. Lama dah kengkawan tapau hasrat tu.

hahah.. Lucu gak sewaktu tengok mula seseorang kedak tenuk, biar mampuslah. So dia pikir dengan mahkota tanah sebidang dia tu dia dapat mempengaruhi orang. Sori la kawan, jangan nak perasan bagus. Kenapa manusia yang bermasalah ini tak mahu berpijak di bumi yang nyata. Bukalah mata, taubatlah lah, berubahlah dan jangan nak jatuuhkan orang saje yer. Cuba anda semua pikir, kita ni dalam masyarakat, janganlah jual ikan, tak laku ikan tu oii mahupun dipolah budu pown haiwan tak nak makan..huhuhuh.

ni majikan, kenapalah nak ugut mengugut, jangan gunakan kuasa yang salah, jangan nak gunakan kuasa untuk mempengaruhi orang, please lha????. orang lain juga pown da perasaan, ada hati. Macam mana lha orang nak hormat si dia ni, kalau dia sendiri tak hormat diri sendiri. Mampus dia lha.. kesah ko ada.

Tuk sekarang kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. . . seee ya???....

Catatan 28 Mei 2011,
0610 pm

Oww Duty nih, TuNggu Makan

lha..punyalah panjang masa hari ni. Ahad yang sangat panjang, umpama penantian di penghujung dunia. Oww, mana budak2nya ni, sibuk cop no baju kali, maklumlah sistem baru takut hilang baju..hahhah..

Semalam baru dah mula cop kasut dah hilang lha, penin lepala aku pikirkan tu. Dah lha aku mereka tanya aku, mana aku tahu. Kalau dah tak dapat diselamatkan. . . so macam mana kan, cakap banyak pown tak da gunanya. . .hahhahahahahahah.. Buat tumbuh tauge dalam jantung jak hahahah...

Sekarang hampir pukul 0530 petang, ni lha tunggu apa yang akan selepas ni, beratur makan lha budak..haahahahha.. Atui kesian mereka kan, basah kuyup lha jadinya.. 

Dah lha team yang Duty aku ni sumanya sama palak, kami ialah GBS hahaha.. kapten Cegu S, AQ pun, yaya, kak. Ros, kak Loha, Mary, tapi Diana yang tak da...ahgaahhaha.. peduli dia mampus dialah..hahahha..jaik nya aku... Perlu beli insurans nih...supaya terjamin setiap apa yang diperkatakan aku.

K lha tu sajew yer.. aku nak keja jap. Kalau aku dah da masa baru aku update balik yer....huhuhuhuhuhu


Catatan 22 Mei 2011
0530 Petang, Hujan nak turun..

letiHNya . . .

LetihNya. . dah beberapn la hari beberapa hari ni saya ngan kengkawan letih. Dari Pengiring ke peNdaftaran, dari pendaftaran ke pengagihan, dari pengagihan ke setting, dari setting ke kelas, dari kelas ke pengecopan baju. Letih nyA. .BSOK AKU AMBIK TAJUK BERAT, aku sahut cabaran, aku mesti boleh punya.haraplha aku dapat handle tuk tajuk tu. huhuhuh. Letihnya aku ni. .

Catatan 0305 petang
Ahad, tyme ni aku tengah DUTY.

::CeLebrate Gawai saY no!!!!!!::

Tak lama lagi dah nak gawai, aku sedih sangat, aku tak da kawan, kluarga dan semua,  pendek kata aku ZERO, KOSONG!!!!!!!!. Suma tu dah tawar skunz dan tak seperti dulu. Kini sinaran cahaya kian pudar, warnanya kian luntur, dahulu nya indah dan kini semuanya tercalar, aku pown tak mengerti kenapa aku dalam tempat ni. kenapa aku tak habis2 dengan nasib yang tak membahagiakan ini..

Mungkin aku tetap aku, yang tak lekang tuk dalam keadaan sebegini. So macamana ku ni??? adakah aku wajar hidud dalam dunia yang aman dan tenang ni. Jiwa aku tak tenang, semuanya membuatkan aku jadi, jadi, jadi tak tahu bagaimana nak garapkan perasaan yang aku alami skunz.

So aku malas nak pikir pasal benda lain, aku nak pikir aku nak enjoy n happy dengan kehidupan aku skunz niih, aku tak nak pikir sesuatu yang sedih2. .  Kita enjoy .  pas ni pasti lama aku tak updatekan blog aku, sebab bz ngan koja.

Catatan 12/5/2011
08.11 pm .

::JP Im ComiNg::

oooOOOoooopsss. .  BermuLalah kisah "Cerita Kedai Kopi", J.P im coOOOooming On 13rd ni, Tak lama lagi Nih. 

Uu tak Sabo asanya aku nak jumpa ngan kakak2 & abg2 ku kat sana, aku nak jumpa ngan team "My Vii" mantap siok. Bermulalah alkisah aku nanti bersama dengan perlatih dan suasana yang baru. Aku harap kali ni aku nak membuktikan yang terbaik untuk kerjaya aku. Aku nak buktikan bahawa keserbabolehan aku ni terselah tuk kumpulan ni juga. . hihihihih.. Disini aku juga berharap, agar semangat baru dalam team aku ni terus bercambah, aku nak semangat ni terus menyatupadukan kerjasama kami seperti sediakala... uuu aku tak sabar nak jumpa korang suma. Aku nak buli ain, aku nak jumpa Flora, Mary, Luke & C. S..... Kita kayo2 sama2, hahah.. Jangan sesat lah pulak ya, No keta pasti ingat, jangan tak ingat hahahahh.. lucu nyer.

Catatan 11 Mei 2o11, 08:19 pm

::Ku MeNunggU::

Saban hari aku menunggu, tiap detik ku menunggu, belom gak tepon aku memekak. Aku menunggu panggilan dari pihak kem, untuk turun berkhidmat. kenapa agaknya eh, mungkkin senarai nama lambat keluar kot tu la masalah nya. Semalam kawan aku ada call, kenapalah tepon aku tak da deringan iaitu panggilan keramat dari kem. haahhaha. Aku simple jak jawab, kataku, belom lagi kot, mungkin surat lantikan belom sampai. Tu lah meka belom kol. tapi agak lama kan, aku ni sapa lha yang ambi dan hantar aku nanti kalau last minutes. Ni lah yang menyebabkan aku menunggu dan penungguan inni dalan penuh seksa. .. hahhahaha. Macam menunggu cinta lha pulak. Tak per, aku tabah dalam menunggu nih, mungkin besok or lusa kali..hihihihihihi....tunggu jak lha



Catatan 10 Mei 2011
02:10 pm

::So Sad::


Hari ni dua kali aku kena kezutan, tu pown orang lain yang kabarkan kepada aku. Kenapa lha kawan rapat aku selamani yang rapat dengan aku, makan, minum, bermain, mandi, tido, semuanya sama2. Susa senang kita sama2, ni kenapa ya?? waktu ko nak kecapi bahagi ko suma tak beritahu, dimanakah perjanjian kita dahulu, adeh ni dah mungkir janji. Aku tak lah nak minta jemput, tapi skunznya ko orang bagitahulah. Aku kan kawan kuat ko orang, dari kecil kita berkawan. Owh so sad!!!!! BTW it ok,  hope u all bahagia tuk selamanya, aku disini mendoakan kebahagiaan anda suma.. AMIN...

tak pa kita akan jadi kawan tuk selamanya. . .

Catatan 08:16 pm
So Sad. .

haRi2 oN9 & my GreenY LaptoP???

Adeh laptop aku macam nak rosak nih, lap lip lap lip. Apa macam ni bagaimana aku nak ubat dia nih, kalau hantar pergi HOSPITAL aku tak da pulus lha pulak waktu nih. Kalau aku tak ubat makin melarat gak nya nanti. Aku sayang sangat ngan dia nih, dah lama dia berkhidmat dalam naungan aku. Aku beli ni pown hasil gaji aku 3 bulan semasa aku jadi Guru Sandaran kat SMK BUKIT ASSEK dulu. huhuhuhu. Sayang sesangat aku nih, hasil titik peluh aku, kalau nak beli kekasih haati yang baru tu memang payah. Uang menguasainya, lagipun kita kan nya tak beli benda lain pown. . So kalau aku dah gaji nanati aku nak hantarnya kat HOSPITAL jak lha. . kecian aku ngan nya. . . .dialah yang membantu dalam menyiapkan kerja aku selamani..

MAta xNak tido So laYan TV & Fb

Malam ni sunyi aku duk tngok crita hantu, aku boring ler malam nih. . so tak da pa nak dibuat. Tu lha mengezutkan diri sambil layan crita hantu. Sambil tu gak aku layan FB, tak pasal2 member nak chat gak dikala malam sedang membisu nih, terpaksa aku pakai noteBook ank buah aku. aku ni kalau nak tido awal mata ku ni ada masalah la pulak. Mata aku ni susa nak tido awal gak. Rasa nak tido tapi pabila masuk bilik mak oii terbeliak biji mata. Apa kehel mata tak nak tido. Aku pown tak tau sebabnya apa. Ko orang tau  tak.........emmmm

::BiLa CHiNta::

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

::MODE:: ciNta MElody

Atui macam tu ker wujudnya cinta dalam kalangan seseorang. Akai teruk mat enti bakanya. .hahaha.Konflik, Cinta, Masalah dan finalnya "BAHAGIA". Tapi sayang kan, aku tak dapat tuntun crita ni lagi nanti, bila la masa aku nak tuntun crita ni balik..Tapi kan kalau dipikirkan dengan crita seberang tu, semua jalan crita yang dilencanakan sama seperti dengan perjalanan liku2 kehidupan kita kan. Suma kisah yang digarapkan dan sutradaranya mengisahkan tentang kehidupan manusia di dunia ini.

Skunz mode kaca tV beralih ke ulangan siaran "Sedepa Ke Syurga". Ler ni lagi kisah kehidupan manusia yang tak dapat menerima hakikat kurniaan TUHAN. Sampai hati kan, sedih gak aku tengok crita ni, ni lha realiti permainan dunia. Tak pernah menghargai dan bersyukur dengan apa yang diberikan. Last2 orang tu juga yang banyak memberi sumbangan walaupun nya kurang upaya. Ni kisah si  ibu bapa..

Berbalik kepada si anak la pulak, dapat kita lihat melalui masyarakat sekarang, sanggupnya meka serahkan orang tua mereka kepada "Rumah Warga Tua". Kenapa ler kejam sangat, Kenapa harus begini kehidupan di dunia ni. Ibu bapa dapat menjaga 10 orang anak, tapi kan, si anak 10 ekor ni nak jaga ibu bapa pun tak larat. Di mana pengorbanan meka ni, adakah meka menilai ataupun tidak, tidakkah meka takut bahawa fenomena itu akan menimpa meka juga, tidakkah mereka takut anak meka melakukan sedemikian juga. huh kesal!!!!!!


atUi Probelema. . .

Atui sakit nya mata aku tengok skrin nih lip lap lip lap. On9 sambil tuntun crita "Mata Ayer". Konflik semakin memuncak,  aku ni sebenarnya tunggu crita "CINTA MELODY" apakah jalan crita nya nanti yek, kasihan dia kan baru start crita dah kena konflik ler pulak. Makin teruja pulak melihat crita tu umpama membaca NOVEL la pulak. cam ne lha nanti nak tengok crita tu pabila dah masuk kem nanti. Nak tuntun kat utube ka. Payah gak tu lambat. Sekat punya Sekat potOng stim lha pulak lebih baik tak payah kan. oh sKrin My greeny, aku sakit palak nih. .

LawataN Khidmat KOmuniti Pelatih KL Ke RH. PaNjaNg


Alkisahnya, lawatan khidmat komuniti ini pada 26 Feb hari tu. Lawatan ini bersama-sama dengan pelatih dari KL, untuk mereka mengetahui tentang kehidupan rumah panjang. Kehidupan di rumah panjang ini agak meriah, kehidupan di sini dapat kita rasa semangat kejiranan, kerjasama, sikap prihatin dan sebagainya, di sinilah kita dapat merasainya kerana aku juga duduk di rumah panjang iaitu di kampung ibuku. Keunikan alat muzik tradisional, perkakas berburu, kraf-kraftangan amatlah memukau pancaindera kepada sesiapa yang tidak pernah melihatnya.hehhehehe. Adeh umpama promosi lah pulak aku nih. Apa macam boleh jadi suara  
latar tuk setiap rancangan komuniti ka?? hehehe. la bukan itu yang kita ingin ungkapkan sebenarnya, bersandiwara pulak la aku ni. Rombongan yang hampir 200 kepala ni disambut meriah oleh penduduk kampung. WOW, kebetulan kampung ni adalah tempat kawan aku si LUKE hihihhii. So agak kenal la keluarga dia ni, that y tak jadi sebarang masalah. Kenangan ini juga tak dapat dilupakan dari kotak ingatan. Saksikan secebis memory kami disini.

Yang indah adalah setiap kenangan, 
kenangan ini akan bersandiwara di dalam kotak ingatan
best GILER!!!



PinKy dan Amoy

Walaweh. . nanti aku balik kem aku kan rindu semua pusak aku. Dimana pusak aku ni la yang selalu menjadi teman aku dikala aku kemurungan, keseorangan, kesedihan dan kesunyian. Maklumlah aku sorang jak kat umah selama ni, semua orang busy, pusak aku jak yang tak busy, meka tu busy main kejar-kejar jer.hahhahah.. So AmOy dan  piNky ni lah yang menjadi kawan-kawan aku. Aku sayang my Pets, seperti yang aku katakan tadi nama nya amoY dan PiNky. 
ALKISAHNYA,  pusak aku ni dengarlah kata katakan, meka ni tak kluar rumah  samada makan ker, tidur ker main ker dalam rumah jer. Waktu aku ke dapur meka ikut sama, Waktu aku mandi meka tunggu kat luar pintu toilet, aku kemas bilik meka sibuk juga kacau aku, aku online mak oii nak tekan keypad juga pusak aku dua ekor ni. ni yang satu lagi aku pasang lagu meka tomoi gelombang bunyi, coOling pad aku pown meka jolok, lucu nyer kalau dipikirkan. Mungkin diorang cemburu kot sebab aku tak layan meka. Pandai jelous gak meka yek..ish..ish..memang tak masuk akal betoi la wei, pelik tapi benar, bukan cerita, bukan latahan, bukan cobaan, ini betul-betul. haha. Ni la pusak kesayangan aku, meka setia dengan tuannya. hihihihihihh. susa nak cari yang setia macamni. Meka pun ada perasaan kan, so sayangilah haiwan pelihara anda, walaupun mereka tak berkata-kata tapi sinar matanya melahirkan apa yang terbuku di dalam lubuk hati meka.

::SeLAmat Hari Ibu::

Sebelum jari menyusun nada, Lidah duduk terlena, minda mencebis bicara, mata melukis rasa, hati berkata-kata. First, aku nak ucap "Selamat Hari Ibu" kepada yang bergelar ibu di seantero dunia ini. Dimana mereka yang melahirkan kita, mengasuh kita, dan semuanya demi kita, supaya kita menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Ibu bapa siapa yang nak anak dia kecundangkan. So penghargaan seperti "Hari Ibu" pada setiap tahun iaitu  8 mei amat wajar sekali diperkenalkan. Bak kata orang tua "Syurga di bawah tapak kaki ibu". Ibu adalah ibu samada ea melahirkan kita ataupun tidak. Semua doa dalam tangan setiap yang bernama ibu, Kejayaan kita adalah cebisan dari doa mereka.

Bersempena dengan "Hari Ibu" ni ada juga aku nak dedikasikasikannya disebalik aku dan ibu :

     Emm, aku pernah ditegurnya, dia kata untuk kebaikan aku tuk suatu  masa nanti. Aku juga pernah dimarahnya, emm katanya untuk memperbaiki kelemahanku supaya tak diulangi segala kesilapan itu. Mak pernah aku merajukkan, la terlalu manja la tu katanya. Aku juga pernah melawan, tu la degil sangat katanya pula. Kekadang aku tak tahan, aku menangis dan terkedu, mak kata aku ni lemah dan tak dapat menempuh segala dugaan dan cabaran. Setiap kali aku melakukan kesilapan, aku di hukumnya dengan segala nasihat yang bernas dan membina supaya aku menjadi manusia yang berguna.
           Pernah juga aku kecewa, tanpa mengenal erti jemu, dia bangun di waktu malam sepi lalu bermunajat di mana pada ketika itu segala cengkerik dan unggas berseloka didalam kepekatan malam. Setiap kali aku dalam kesakitan, dia ubati aku dengan penawar dan sejuta semangat dan bila aku mencapai kejayaan, katanya bersyukur lah kepada TUHAN.
         Namun, tidak pernah aku melihat walaupun sebutir air mata kedukaan mu mengalir di pipi, begitu kuatnya dirimu. Mak aku sayang padamu. . . . 
           Kini, tubuhmu kaku, matamu kaku, mulutmu membisu, nafasmu terhenti sudah. Aku tahu mak telah pergi ke alam sana, yang tak pernah ada dalam setiap genap ruangan bayanganku, juga ku dengar segala bisikanmu bersiul ditelinga ku.
              Mak, lama mak terkubur di tanah merah hanya sendiri, dukaku ibu tau menjalar sekujur tubuh. Biarlah ibu pergi dengan tenang. TUHAN ampunkan dosa yang pernah dia lakukan disepanjang kehidupan ea di dunia ini. Mak aku tahu kau sentiasa melihat aku disana, walaupun mak jauh dimata, namun segala kenangan masih berirama berlagu di segenap ruangan kotak ingatan. "Mak Selamat Hari Ibu". Aku sayang kepadamu seperti mu menyayangi aku juga. .I Luv u MOM . .luv u so much !!!

Mom, thank you for undying Care, Support and Love
Not even the riches of the WORLD
CAN REPLACE OF YOU . . . 

SePI

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku,
Kekasihku, Keluargaku,
 Syurgaku. . .

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku . .

Bulan jangan biar siang, 
jangan biarkan siang menguasai segalanya,
biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku. . .

The LegeNd Of swet MemoRy in PLKN


Kenangan terindah yang tak dapat dilupuskan dari ingatan. haha, disini aku berkonsi kebahgiaan aku sewaktu aku menjadi JL PLKN, aku mengajar didalam kelas. Setiap kenagan yang aku alami memang terlalu indah. Disini aku dapat berkkongsi pengalaman bersama kawan-kawan aku team "My Vii". Mereka adalah, FLO, MARY, AIN, EMA, CKEEN, LIN, YA-T, ROSMEH, ERNY, DIANA, LINDAH, BELL, JANE, ZITA, MAWEK, LUKE, SON & ABG. ZUKIE. Ditambahkan pula dengan pelatih yang peranggainya mak oii, bercambah lah segala kenangan umpama kulat tumbuh selepas hujan. . hahaha. Sepanjang aku kerja jadi JL ni, aku sangat HAPPY. Aku kalau dikatakan untuk memilih, aku akan pilih keja ni. tapi sekiranya rezeki kita ditempat lain satu masa nanti kita nak buat ape kan. So berserah la. 
                 Apa yang aku pelajari dan pengalaman aku lah, keja ku ni sangat best kerna disini kita dapat lihat kerja didalam satu kumpulan untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan mantap !! !. Kerja yang agak mencabar minda dan fizikal, tapi best, kerana ea mampu memberi kita semangat walaupun letih sekalipun kerja. Apabila bersama member dan melihat riak muka pelatih, aku akan bersemangat, semangat itu telah membimbing aku. aku ni pantang down, kalau aku down, gelap la apa yang aku lihat. that y aku perlu happy, dengan itu segala masalah yang aku alami akan hilang bukan banyak-banyak.Tapi sedikit-sedikit, hahha, macam kisah dalam sedutan cerita "Nujum Pak Belalang" la pulak. Pengalaman ini telah mematangkan pemikiran aku betapa pentingnya kerja beroganisasi, untuk mencapai segala matlamat. 
                     Hah, sekarang berbalik kepada yang diajar didalam kelas, ternyata eanya jauh berbeza dengan apa yang diajar sama sekali di dalam kelas biasa. Kerana ea adalah lebih kepada diri, orang lain dan masyarakat. So ternyata terlantar jauh perbezaannya kan, ni lah yang membuatkannya best sesangat. Setiap detik ni alahai aku tak dapat lupakan, k la crita aku ni tergantung lah pulak, tapi tak pa kan, nanti aku kongsi balik kisah ni, kalau aku cerita semua tak best la pulak kan.  Biar kita ternanti-nantia kn kisahnya baru best, baru akan membuatkan kita teruja untuk mengetahui apa yang akan bakal terjadi. . hihihii.. umpama nama blog aku ni, kisahnya penuh dengan " SEDIH, GUMBIRA, BAHGIA". tat all . .Aku rindu semua kawan aku diatas tu dan semua pelatih PLKN siri 8 kumpulan 1/2011 .Miss U aLL..
    

harap Si Dia BerubAh. .

"Aku serba salah dengan semua", aku kasihan melihat kakakku bertungkus lumus mencari pulus untuk menampung perberlangaan kluarganya, aku tak dapat membantu kerna aku juga tak mempunyai pulus yang cukup, tambahan pula aku akan balik ke tempat keja aku minggu depan.
            Betul kan, orang tak dapat melihat betapa susahnya kita. orang tak dapat menilai kita melalui riak muka kita, orang hanya melihat. "Eh macam tak masalah jer orang tu happy jak". Macam aku kan orang nampak aku happy tapi aku ni la manusia yang menelan segala kepahitan hidup.
          Sekarang aku dalam kesempitan, aku tak dapat bantu kakakku . Siang malan dia mencari wang, berbanding dengan abangku, aku ni anak bongsu. Orang kata anak bongsu tu untung sebab orang sayang, apa kita inginka kita dapat. OH NO!!! aku tak setuju dengan penyataan itu, semua yang aku inginkan adala]h melalui titik peluh aku sendiri, pakaian, telefon, wang saku. Semua tu aku sendiri yang cari. Aku malu tuk meminta kat orang walaupun Kluarga sendiri. Nanti pa pulak yang orang kata. Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Dah lumrah dunia, suka jaga tepi kain orang tapi tepi kain sendiri koyak tak terjaga.
              Aku amat terkilan dengan abang aku, kenapa dia sangat membenci aku. Apa salah aku dengan dia, aku jer yang ambik hati dia. Abangku ni keja nya seorang askar, aku tak tahu, kalau setiap kali da cuti, dia tak kan layan aku. Aku ni memang penyabar orangnya, aku tak kisah. Aku tetap hormat dia, walaupun dia tak pedulikan aku, aku wat derk jer.  Jangan kerna itu aku patah semangat, banyak lagi kerja yang berfaedah dalah hidup aku yang perlu aku pikirkan. Kalau aku asyik pikirkan sikap abang ku tu satu blog penuh ni pun tak terkira. Hibanya perasaan aku, kenapa aku tak hidup dalam golongan keluarga yang bahagia yang saling bernaung diantara satu sama lain.
               Sekarang aku harus yakin dengan apa yang aku lakukan. Aku harus mengejar cita-cita aku. aku harus happy tak perlu stress. Senyum dan tak perlu kata apa. Aku harap kakak aku akan terus tabah dalam menjalani kehidupannya bersama keluarga tersayang. aku harap anak-anaknya sedar akan kesusahannya bersama suami dalam mendirikan rumah tangga. Aku tahu semua orang mempunyai masalah. Kita memang tak dapat lari dari segala masalah. maklumlah "Dunia kan".
                  Disini juga aku berharap agar Abang ku akan berubah dan tak pentingkan diri, aku nak keluarga yang sekian lama ni pecah peranda bersatu dan bahagia. itulah harapan aku. Aku nak suasana yang sepi ni akan bertambah riuh walaupun hakikatnya kita kekurangan. Kekayaan harta tak penting, tapi kasih sayang amatlah penting untuk setiap insan. 


I ReaLLy MisS & Luv My MOm . . : (

Dah nak genab 4 tahun mak ku meninggal. Segala kenangan masih ku simpan dalam memori aku. Mak memang rapat dengan aku, mak lah ayah dan juga ibu, tu yang membuatkan aku kehilngan sesangat pabila dia dah pergi ke alam lain. Maklumlah "Kita ni pelakon jer kat dunia ni, Dunia ni merupakan pentas untuk kita bersandiwara dan bemesra antara satu sama lain tanpa mengira samada MUNUSIA, TUMBUHAN, & HAIWAN"

ALKISAHNYA, mak agak sakit teruk waktu tu, aku sendiri melihat perubahan yang ketara, semakin hari mak semakin kurus, tapi mak tetap kuatkan semangat. Mungkin dia tak mau aku risau, waktu tu aku masih sekolah lagi UPPER 6. Mak sembunyikan segala kesalitan yang menimpanya,   mak tetap tabah dengan senyumannya. 

Waktu mak tenat, kami sekuarga sambut gawai dalam kesedihan. Mak semakin tidak keruan, aku hanya bersulam tanggis setiap hari. Aku semakin sebak, mak sempat berpesan kepadaku, "ko berhenti jak sekolah, nanti kalau aku sudah tak da, tiada sesiapa yang akan menampung perbelanjaan persekolahan kau, mungkin tiada yang akn mencurahkan kasih sayang seumpama aku memberi kasih sayang kepada kau". Aku hanya berdiam, titisan air mata sebak aku jak yang tak dapat aku tahan. Setiap hari aku menangis.

5/6/2007 mak dimasukkan ke hospital, hari kedua aku yang menjaga mak kat hospital. Aku sedih sangat, aku kesal kerna aku tak dapat bercakap dengan mak kerna mulut dan hidungnya dimasukan Hos yang besar umpama menyeksa mak. Aku hanya mampu memberi semangat kat mak supaya dia Teguhkan semangat, tabahkan hati. Aku tak dapat tahan daripada menahan sebak, aku terus menangis, air mata aku terus mengalir dan tidak dapat dikawal lagi.

Pada malam 6/6/2007 mak semakin nazak, hatiku semakin tak tenang, aku hanya mampu melihat dari luar kerna mak dikuarantinkan didalam satu bilik dimana kami tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kami menunggu kat luar sementara kakak didalam, tepat pada pukul 3.00 pagi 7/7/2007 mak menghembuskan nafas, kakak memanggil kami, aku tanpa diduga terus berlari masuk kedalam, aku menjadi tidak keruan hanya TUHAN saja yang tahu perasaan aku pada waktu ini. Mak cik iaitu mentua kepada kakak ku menenangkan aku. Aku semakin sebak, aku tak dapat menerima hakikat yang mak dah meninggal kan aku seorang diri. Aku kesal kerna mak tak dapat bercakap dengan aku tuk kali terakhir kalinya. Sedih sangat!!!! aku umpama ingin menjerit, sampai dirumah dengan jenazah mak, mak kawan aku memeluk aku sama juga dengan kawan rapatku, aku terus sebak. Aku tak lekang dari jenazah mak, sampaikan semut meniti ke atas muka dan kakinya ku bersihkan, tangan mak ku pegang dengan air mata yang mengalir kluar, Bertapa aku sayangkan mak aku. Tiba hari yang ketiga, mak aku dikembumikan, aku tak mampu berbuat apa2, ingin aku menjerit kerna aku tak dapat menerima hakikat yang mak meninggal, aku pikir mak pergi ke negara jauh, kerna malam sebelum tu aku bermimpi yang mak menyimpan segala pakaiannya didalam beg yang besar. .

Kini segalanya masih mekar dalam ingatan aku, aku tak dapat menerima hakikat bila  tibanya HARI IBU. Aku juga sebak, kerna mak tak sempat makan duit dari hasil titik peluh aku. Mak tabah dalam membesarkan aku, tu yang membuatkan aku sebak tiap kali aku mengenangkannya. Walaupun aku senyum, tapi dalam hati siapa yang tahu isi nya yang perlu duri kedukaan. I LUV U MOM. .  aku yakin mak disana melihat keperitan aku menjalani kehidupan tanpanya disisi. Disini aku sentiasa berdoa supaya mak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AMEN. .

Kepada kawan2, sayangilah mak bapa anda kerna mereka berharga. Berikan kasih sayang kepada mereka sepertimana mereka beri kasih sayang kepada anda. jangan sesekali menderhaka kerana apabila kehilangan baru anda akan merasa bertapa pentingnya kehidupan dengan adanya mereka disisi. . .inilah luahan saya. . 

Aku melapor keja jadi JL@ Junaco ni pada 31 Dis haritu, aku muka baru jer. .first tyme aku terima tawaran, aku rasa nak tak nak jer terima, ada gak pendorong aku supaya aku turun juga iaitu "Mutiara Marylyn". Mulanya aku tak yakin dengan kemampuanku, aku takut. Setiap hari aku berfikir, aku boleh ke tak ni. Setiap hari juga aku hantar mesej kat Mary. Dia kata " ko patut turun, aku tengok ko dapat lakukannya, mungkin ko terbaik dari aku" Mary kata. 

So aku tekad lha tuk berhenti kerja kat tempat kerja lama aku iaitu "TA ANN PELITA DURIN", kat sana aku jadi admin clerk jer. Tiba masa aku turunmelapor, aku rasa ingin balik ke rumah. Apabila sampai di simpang yang ada paparannya "Kem PLKN Junaco Park, Sibu". Sempat gak ajak dia putar balik. jantung aku semakin  bedup dap. aku jadi semakin TAKOT, RIMAS, errrr..tak tahu macam mane nak kate, semua perasaan ada...

Setelah beberapa hari aku masuk sana, aku ada kawan sama masuk melapor, hiihih. Dia ni pendiam "LUKE" namanya, dia best dan Cool, sejak dari itu aku berkawan dengan dia. Pelatih mula masuk, aku berpikir "Oh begini cara kehidupan pabila masuk PLKN" hahah..maklumlha, aku ni mana penah masuk PLKN. Semakin hari, aku rasa semakin seronok keja ni. Maklumlah semua kawan2 "My Vvi team" mak oii, best giler. Aku semakin hari semakin sayang ngan kerja aku nih. Sekarang aku sedar "Bertapa Pentingnya Kerja dalam satu pasukan, Susah sama2, Senang sama2".  That y aku sayang kawan2 aku suma. Mereka semua kawan2 yang terbaik. huhuhuhuh..

Ni Pulak kisah aku dalam kelas, tuk kelas CB aku telah digandingkan dengan "FLORA", dia seorang tenaga pengajar yang sabar dalam memberi tunjuk ajar kepada aku. Aku ni jenis orang yang main2, tapi aku dapat juga, kerana dia bagi aku ilmu cukup, aku seronok dibuddykan dengan dia. Serasi kot. . haahha. Aku dengan dia kat PK6, semua pelatih dalam PK6 ni, semua ok dan sporting, walaupun kekadang da naik hangin..tapi meka ok..I LUv u all @ Pk6. Kenangan dan pengalaman bersama dengan anda semua tak dapat dilupakan sampai bila2. "y so serious, Flotyno, Passion 10, & magic peace". kat sini si "AMEEN" membuatkan aku terharu semualah. . 


Tuk kelas kN pulak aku digandingkan dengan "JANNAH @ JANE", Kelas Kompang. Pengalaman bersama dia, dia seorang yang matang dalam segala hal, aku ni jer yang macam budak. . hahaha. tapi jane seorang yang sabar dengan sikap aku. Tima Kasih jane ko telah mematangkan aku, banyak perkara baru yang aku belajar ketika bersama dengan ko, keran kita menempuhi pelbagai dugaan. .hihihih. .ko seorang kawan yang baik, aku tahu ko sorang yang panas baran, tapi ko leh juga kawalnya ketika bersama aku yang main2 ni... Pengalaman telah mematangkan pemikiran. bebalik kepada pelatih dalam kelas kompang, aku suka korang semua. ko orang susah dan senang tetap bersemangat bersama saya dan cikgu Jane, tat y aku sayang dan rindu ko orang semua. . KOMPANG DA BEZ. yang paling aku tak leh lupa semangat pelatih aku ni "HUZAIFIZ", walaupun nya dah down, tapi dia bersemangat ingin membuktikan sesuatu yang membanggakan, ni paling best !!!!. I LUV n MISS u ALL. .

Inilah kisah setakat ni, kawan2 "MY Vvi team" aku rindu ko orang semua . Aku nak buli ko orang, ketawa dengan ko orang dan nangis bersama ko orang. kenangan Terindah yang tak dapat dilupakan..luv u ALL emmuaaxs,....