I ReaLLy MisS & Luv My MOm . . : (

Dah nak genab 4 tahun mak ku meninggal. Segala kenangan masih ku simpan dalam memori aku. Mak memang rapat dengan aku, mak lah ayah dan juga ibu, tu yang membuatkan aku kehilngan sesangat pabila dia dah pergi ke alam lain. Maklumlah "Kita ni pelakon jer kat dunia ni, Dunia ni merupakan pentas untuk kita bersandiwara dan bemesra antara satu sama lain tanpa mengira samada MUNUSIA, TUMBUHAN, & HAIWAN"

ALKISAHNYA, mak agak sakit teruk waktu tu, aku sendiri melihat perubahan yang ketara, semakin hari mak semakin kurus, tapi mak tetap kuatkan semangat. Mungkin dia tak mau aku risau, waktu tu aku masih sekolah lagi UPPER 6. Mak sembunyikan segala kesalitan yang menimpanya,   mak tetap tabah dengan senyumannya. 

Waktu mak tenat, kami sekuarga sambut gawai dalam kesedihan. Mak semakin tidak keruan, aku hanya bersulam tanggis setiap hari. Aku semakin sebak, mak sempat berpesan kepadaku, "ko berhenti jak sekolah, nanti kalau aku sudah tak da, tiada sesiapa yang akan menampung perbelanjaan persekolahan kau, mungkin tiada yang akn mencurahkan kasih sayang seumpama aku memberi kasih sayang kepada kau". Aku hanya berdiam, titisan air mata sebak aku jak yang tak dapat aku tahan. Setiap hari aku menangis.

5/6/2007 mak dimasukkan ke hospital, hari kedua aku yang menjaga mak kat hospital. Aku sedih sangat, aku kesal kerna aku tak dapat bercakap dengan mak kerna mulut dan hidungnya dimasukan Hos yang besar umpama menyeksa mak. Aku hanya mampu memberi semangat kat mak supaya dia Teguhkan semangat, tabahkan hati. Aku tak dapat tahan daripada menahan sebak, aku terus menangis, air mata aku terus mengalir dan tidak dapat dikawal lagi.

Pada malam 6/6/2007 mak semakin nazak, hatiku semakin tak tenang, aku hanya mampu melihat dari luar kerna mak dikuarantinkan didalam satu bilik dimana kami tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kami menunggu kat luar sementara kakak didalam, tepat pada pukul 3.00 pagi 7/7/2007 mak menghembuskan nafas, kakak memanggil kami, aku tanpa diduga terus berlari masuk kedalam, aku menjadi tidak keruan hanya TUHAN saja yang tahu perasaan aku pada waktu ini. Mak cik iaitu mentua kepada kakak ku menenangkan aku. Aku semakin sebak, aku tak dapat menerima hakikat yang mak dah meninggal kan aku seorang diri. Aku kesal kerna mak tak dapat bercakap dengan aku tuk kali terakhir kalinya. Sedih sangat!!!! aku umpama ingin menjerit, sampai dirumah dengan jenazah mak, mak kawan aku memeluk aku sama juga dengan kawan rapatku, aku terus sebak. Aku tak lekang dari jenazah mak, sampaikan semut meniti ke atas muka dan kakinya ku bersihkan, tangan mak ku pegang dengan air mata yang mengalir kluar, Bertapa aku sayangkan mak aku. Tiba hari yang ketiga, mak aku dikembumikan, aku tak mampu berbuat apa2, ingin aku menjerit kerna aku tak dapat menerima hakikat yang mak meninggal, aku pikir mak pergi ke negara jauh, kerna malam sebelum tu aku bermimpi yang mak menyimpan segala pakaiannya didalam beg yang besar. .

Kini segalanya masih mekar dalam ingatan aku, aku tak dapat menerima hakikat bila  tibanya HARI IBU. Aku juga sebak, kerna mak tak sempat makan duit dari hasil titik peluh aku. Mak tabah dalam membesarkan aku, tu yang membuatkan aku sebak tiap kali aku mengenangkannya. Walaupun aku senyum, tapi dalam hati siapa yang tahu isi nya yang perlu duri kedukaan. I LUV U MOM. .  aku yakin mak disana melihat keperitan aku menjalani kehidupan tanpanya disisi. Disini aku sentiasa berdoa supaya mak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. AMEN. .

Kepada kawan2, sayangilah mak bapa anda kerna mereka berharga. Berikan kasih sayang kepada mereka sepertimana mereka beri kasih sayang kepada anda. jangan sesekali menderhaka kerana apabila kehilangan baru anda akan merasa bertapa pentingnya kehidupan dengan adanya mereka disisi. . .inilah luahan saya. . 

No comments:

Post a Comment

Jom Bubuh Komen Korunk Kat SINI. . .