Sebelum jari menyusun nada, Lidah duduk terlena, minda mencebis bicara, mata melukis rasa, hati berkata-kata. First, aku nak ucap "Selamat Hari Ibu" kepada yang bergelar ibu di seantero dunia ini. Dimana mereka yang melahirkan kita, mengasuh kita, dan semuanya demi kita, supaya kita menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Ibu bapa siapa yang nak anak dia kecundangkan. So penghargaan seperti "Hari Ibu" pada setiap tahun iaitu 8 mei amat wajar sekali diperkenalkan. Bak kata orang tua "Syurga di bawah tapak kaki ibu". Ibu adalah ibu samada ea melahirkan kita ataupun tidak. Semua doa dalam tangan setiap yang bernama ibu, Kejayaan kita adalah cebisan dari doa mereka.
Bersempena dengan "Hari Ibu" ni ada juga aku nak dedikasikasikannya disebalik aku dan ibu :

Pernah juga aku kecewa, tanpa mengenal erti jemu, dia bangun di waktu malam sepi lalu bermunajat di mana pada ketika itu segala cengkerik dan unggas berseloka didalam kepekatan malam. Setiap kali aku dalam kesakitan, dia ubati aku dengan penawar dan sejuta semangat dan bila aku mencapai kejayaan, katanya bersyukur lah kepada TUHAN.
Namun, tidak pernah aku melihat walaupun sebutir air mata kedukaan mu mengalir di pipi, begitu kuatnya dirimu. Mak aku sayang padamu. . . .

Mak, lama mak terkubur di tanah merah hanya sendiri, dukaku ibu tau menjalar sekujur tubuh. Biarlah ibu pergi dengan tenang. TUHAN ampunkan dosa yang pernah dia lakukan disepanjang kehidupan ea di dunia ini. Mak aku tahu kau sentiasa melihat aku disana, walaupun mak jauh dimata, namun segala kenangan masih berirama berlagu di segenap ruangan kotak ingatan. "Mak Selamat Hari Ibu". Aku sayang kepadamu seperti mu menyayangi aku juga. .I Luv u MOM . .luv u so much !!!
Mom, thank you for undying Care, Support and Love
Not even the riches of the WORLD
CAN REPLACE OF YOU . . .
No comments:
Post a Comment
Jom Bubuh Komen Korunk Kat SINI. . .