Disebalik TOT SBH/ SWK . . BEST. . .

Sebelum kata menguntai rasa, sebelum lidah menutur bicara, sebelum minda melakar suasana, sebelum mata nakal menjalar, sebelum tangan meramas paras kekuncinya yang pegun merelakan segalanya. Salam sejahtera, salam perpaduan, Salam Kekeluargaan, salam Khidmat negara dan salam satu Malaysia (MALAYSIA BOLEH!!!)


Cerita ini tidak berkaitan dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia, cerita iini adalah luahan dari lubuk sanubari, luahan yang ikhlas dari mata turun ke hati. . .

Ambil aura, Ambil Semangat. . TEPUK, TEPUK, TEPUK semangat.  .

Alkisahnya dari 3 minggu yang lalu, bermula segala kisah baru yang tak dapat dilupakan, segala kenangan yang tak dapat dilupuskan dari kotak ingatan, kalau nak dipikirkan diluar kotak pun belum pasti kesampaian lagi. Kenangan tesebut telah mengamit sejuta memori yang indah dan akan dikenang sampai bila-bila. Kalau anda semua tak percaya, tepuk segala dada kengkawan tanyakan seleranya. hahahhahah

Mula-mula kita masuk semua tak tanya sesama sendiri katakan. Maklumlah malu hahahah.. Tepuk-tepuk malu, semua masih dalam versi masing-masinng kan. Malam tu kita join tuk perasmian pembukaan, pas nanyi semu kena sounds, hahah, ambik ko orang semua, sapa suruh kita tak serius dalam hal yang amat penting ini, adeh macam tiada semangat cinta akan negara. tapi lepas tu ok kan, semua bersemanggat . .  ITU PERMAINANNYA. .cinta 3 minggu oh indahnya, cinta membuat  . .  melayang..hahahhahah..makan belacan terhidu baunya oiii..

Lepas itu bermulalah kisah Sinetron. Hari pertama adalah dimana kita semua dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dengan itu, terciptalah kumpulan "Kami Boleh, Optimis Etnik Group, 1 Borneo dan Bayu Kenyalang". Sepeti anda semua telah pun tahu, aku duduk dalam kumpulan Kami Boleh, dimana aku sorang jer dari sarawak, ler jadi warga sabah dalam masa tu, kena ea bukan ukuran yang sebenarnya . . .hihihihihi.. Disitu aku telah bebuddy dengan "Ekma". My Buddy da best. .. I miss u..hihih..

Saban hari dalam kusus tersebut, ada satu hari dimana semua kena halau kerna tidak dapat menyiapkan jurnal yang telah ditugaskan kepada kita semua kan. Semua dalam keadaan sedih waktu tu, yang paing aku GERAMJI pada waktu tu dimana kawan-kawan kita yang keras kepala pada waktu itu, tapi nasib baiklah dapat dilembutkan sehala hati yang keras pada  ketika itu. Kalau dipikikan pada waktu itu, aku rasa lucu sangat. Awak nak tahu kenapa hari itu dikatakan lucu, pada pt pahgi semua gembira, masuk kelas semua gembira siap menari dan menanyi, pas tu pakai baju yang sedondon bersama dengan buddy. Pas muzik berakhir jeng jeng, semua bertukar. Kalau dingatkan pada hari itu memang lucu hahahahah. .satu yang tak dapat dilupakan. Geli hati kalau dipikirkan. . . ahhaha.

Saban hari dalam kusus semakin akrap dalam hubungan persahabatan, bangun pagi sama-sama, mandi sama-sama, pergi ke kelas sama-sama. Dalam dorm begurau sana sini, dalam tandas a.k.a toilet dibuatnya umpama "K BOX". Semua terpekik telolong menyumbangkan suara yang agak sumbang hahaha, penuh kedengaran bunyi-bunyian segala lagu yang tergiang-giang bergoocak di dalam telinga memenuhi segala ruang gegendang telinga, itu lah yang best.. ihiihhhihi.. Apa kurang dalam kelas, kalau dah semua orang dah bebunyi, bermulalah segala isi dalam kelas riuh umpama kedengaran di pasar malam dimana kesibukan manusia sedang berjual beli hahahahahahaha... aneh bukan tapi benar.

Setelah sepuluh dalam modul A, segala pahit manis ditempuhi bersama. Kini beralih ke Modul B, dalam MOdul B aku telah menjadi Staffing team untuk hari yang kedua bersama-sama dengan jejaka yang sememangnya kami semua kiut hihihi. Kami adalah kumpulan "Wonder Boi", tak erlu kata apa2, senyum. .wonder boi, (tembakan cinta), gogogogogoogogo.... POWER... mantap bukan, geng aku pada ketika itu ialah Luke (K), Eric (timekepper), Rinto (logistik), Roben (Musicperson) dan saya yang GUMIL, Tyno (chartperson). Hari2 menjadi staffing team amatlah mencabar, sampaikan kawan saya yang menjadi penjadga masa yang agak bijaksana teetapi sengsara ialah dia terpaksa tidur, makan, mandi setia dengan jam nya..hahahhahahahhaah.. kesian gak si dia. Setiap masa asyik tanyakan jam. Adui aku yang Geramji dibuatnnya, tapi tak pa kan kami berjaya dalam mengharungi hari2 tersebut, yes kami berjaya...

Belajar punya belajar, Study punya study sekarang tibalah pulak PLC dala kelas besar dan kecil, mak oii takut dengar G & O. Bertimpa2 umpama ledakan peluru semasa di medan perang. Adeh ledakan itu bukannya membunuh tapi ledakan itu membina agar cara penyampaian menjadi lebih baik dan bernyawa.



Hari semakin dekat tuk tamat kusus, rasa tak nak balik sebab hubungan persahabatan antara kami semakin kerap. Adeh sedihhnya kalau dipikirkan, sedih kalau dipiikirkan mengenai perpisahan. Memang dah lumrah kehidupan, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Persahabatan yang kita tak tahu dimana titik permulaan nya, dan kita jjuga tak tahu dimana titik nokthahnya, aneh bukan,tapi itulah kenyataannya. Walaupun kita semua jauh dimata namun dihati sentiasa mekar dan segar.. Kalau pun kita tak berjumpa face to face tetapi dalam FB jangan lupa dan kita "Sahabat Untuk selamanya"  bak kata PADI, dan Persahabatan kita tak kan "Pudar",  bak kata Rossa, aku juga "Takkan Melupakanmu" bak kata Radja.  Tak pa kita pasti jumpa lagi.  . .


Renung-renungkanlah

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita
ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan
kerana dia seorang manusia, dia juga takut
ada rasa bimbang, sedih dah kecewa
dia juga ada kelemahan dan dia perlukan kawan sebagai kekuatan
jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi. . mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka,
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih, yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan. . 
kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu. . . ..
hanya kita yang tahu. . 

I Love and Miss My Fren . .

Catatan 3 Ogos 2011
1033 pm




No comments:

Post a Comment

Jom Bubuh Komen Korunk Kat SINI. . .