Apesal dengan UNIMAS !!


Atui . . dah berkurun lamanya tak hupdate belog kite yang tiut nih
untuk nih kite nak ler citerkan apa yang terjadi 
sepanjang kite tak hupdate belog kite nih
ceritanya berkisah dengan kelas kite ler. .

Kelas Kn nih terdiri dari Kelas UPM, UM, UIA, UNIMAS,
UMS, UNIVERSITI SABAH MALAYSIA, UPSI
UKM & UTM

KELAS KENEGARAAN 4 (UNIMAS)

(tepuk tangan) 

SATU MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Pembuka Bicara)

ALKISAHNYA . .(pandang ke atas) . . .
Nak dikatakan ada pasangan, sekali lagi sorang jer yang handle kelas KN nih memandangkan MY BUDDY si SITI AMINAH pergi HONEYmoon ke SABAH berkhusus. Tinggal le kita seorang.

Kelas KN ni ada 9, diantar kesembilan nih kite yang ke 4 dalam deretan kelas. Nama diberi ler kat atas tu kan ade. Ape nama die???? Ape lagi kalau tak U.N.I.M.A.S.

Dalam kelas nih, penghuninya. KORUNK nak tak berapa?? Tak ler sebanyak dulu KN 4 (KAUM INDIA) KUMPULAN 1 SIRI 9/ 2012  (CLICKS KAT SEBELAH WARNA MERAH NIH) seramai 53 orang . .Untuk kumpulan ni cuma tolak 10 jer jadi ler 43 orang permata kite dalam KN4.

Sebelum kite melangkah ke alam STORY bak kata orang putih (orang putih jer ker) nah ni ler mereka..nak tengok. BOLE TAPI???? MINTA DUIT... hehehehe tak de lah. Ni ler memori kami bersama. Tak ler kita ambik gambar sebab tepon kite dah masuk dalam mesin basuh...kesian kan....

ha ni ler mereka, gambar ni diambik sejurus sahaja dah
habis pertandingan Koir  'Aku Anak Malaysia'
ni ler GENG KOIR kite

Dah disajikan dengan gambar kan. Berbalik kepada ceritanya pula. Untuk kumpulan nih nak kata ada cabaran dalam kelas ada lha jugak. Cabaranya ialah nak tau apa. .  cabarannya ialah dalam tepoh kelas dua minggu nih kite tak sihat, bertarung dengan suara yang serak basah, sakit kerongkong tambahan tak sedap badan lagi . .huhuhuhuhuhuhuhuhu. . .TAPI itu bukan ukurannya, sebab berbekalkan semangat kite berjaya pulak tamatkan kelas kenegaraan ini tanpa ada sebarang kecelakaan (AMBOI SAMPAI KESITU SEKALI). Dalam masa kite demam ni si Wan YEN ler yang selalu pesan kat kite, dia kate "CIKGU JAGA KESIHATAN DAN MAKAN UBAT, MINUM AIR BANYAK (Sambil dia bagi kite GULA2 HALLS dalam genggaman) dia kata gula2 ni bagus untuk kurangkan sakit tekak " huhuhuhuhuhu..terharunya sebab ada orang juga yang beri perhatian selain dari kengkawan. Untuk makluman semua dalam banyak pelatih kite, si WanYen ni ler yang sentiasa sampai kelas awal, selepas kite dia sampai.
KAT bawah nih suasana dalam kelas kite lha pulak. . jeng jeng. . .







Disepanjang kelas ni banyak kisah duka dan suka. . kalau energy mereka pulak macam nadi sekejap naik sekejap turun. ..adeh...dalam keadaan tak da suara lagi tuh layan gelagat mereka. Gelagat mereka ni banyak, ada yang suka tido (TYNO SEMBURKAN), ada yang suka bercakap kosong (TYNO SUMBATKAN) dan banyak lagi. . ler tu juga bukan menjadi ukurannya . .hahha.. yang penting gempak tyme pembentangan sampaikan jiran kite2 kat sebelah komen kite BISING dan GEMPAK..hahahhaha AMBIK KAW.....peranggai mereka ni macam2 ada, ada yang terlompat2, ade yang nak bergaduh, ada yang lha macam2..tapi kami tetap satu kelas ..hahhahhahaha..

berbalik kepada pembelajaran, ya ampun. .ok lha. sampaikan satu masa tu saya sakit hati dan tinggalkan kelas awal. .kedua kali saya marah sampaikan pagi dah tiba hari terakhir kelas, tak pasal2 si P.RAMLEE mana yang datang menyanyikan lagu "MAAFKAN KAMI" hahahhaha..satu kelas pula tu nanyi..nak gelak pun ada tapi terpaksa bawa mood marah sebenarnya tidak hahahhahaa....OOOooops kantoi..kalo korunk nak tau, korunk la pembangkit semangat kite, dalam kite sakit korunk ler ubatnya..WALAWEH. . .ooopppssss TERKANTOI LAGI.. .

Kisah kelas dah berakhir, masuk pula bab pertandingan...pertandingan KAD, KOIR, KELAS TERCANTIK. ..  komitmen ni ade cuma mereka letih..maklum ler banyak aktiviti..hahahhaha... kalau kad tak da masalah..nak tengok salah satu kad kite yang kreatif??? hah kat bawah ni ler die. .

hah ni ler dia . . cantikkan .
ada melayu, ada cina, ada india dan pelbagai lagi
pendek kat macam2 ada...hehehehe

kasi goncang. . AH CU !!! kata.he

tu kad sekarang nak masuk bab kelas ler pulak. . Ler kelas yang tercantik . . .JANGAN JELOUS
tak nak menang tapi orang bagi so kami ambik jer hahahahaha ..betul tak adik ku KN4...shhhhsshssshh jangan bising sangat..................kat bawah nih lha  suasana kelas yang ceria dan cantik..korunk ada. .




sekarang berbalik kepada koir ler pulak. .bab latihan koir nih..kadang2 belatih, kadang2 tak. kalau belatih pun habis masa tuk tunggu si WIRA yang hensem kat kelas kite nih...yang kite heran diorang deka t jer tapi lama...KORUNK BUAT ASAP yer...patut ler wangi bau semacam jer. . . (WIRA RAJA WANGI TUK COVER BAU ASAP) . Waktu belatih nih macam2 ler kabar angin yang kuar antaranya ialah. .

1) Cikgu Letihla... (MUKA MONYOK)
2) Cikgu JOM balik (DEPAN PINTU)
3) Cikgu LIRIK lupa bole ambik
4) Cikgu bsok PT
5) Cikgu saya DEMAM
6) Cikgu kepala PENIN

hahhhaha..kenyataan lain simpan dulu hanya kami yang tahu hahhahaha..semua yang gempak hanya kami yang tahu, sesuatu yang membuat sakit hati hanya kami yang tahu..sebab kami kan sekawan.....hahahhahahahahhhaa.. kami buat koir nih DUDUK, puas DUDUK berdiri. . Persembahan tukar sana tukar sini, KONDAK dan pendeklamasi SAJAK tukar last minit, sebab si LIZA balik awal tuk sambung belajar, gud luck LIZA. Si ZAHIRUDDIN pulak dapat kerjaya BARU dan penentu masa hadapan, Gud luck ZAHIR, dan si FAPCLKENCY juga sambung belajar, GUD LUCK ALL.

Semua berganti dan HASILNYA WOW. . .KONdak kepada SI NYET a.k.a SAIFUL, manakala SAJAK kepada ANIQ SERTA HIRWINA. . ok jugak nih..

ha ni ler hasil KOIR kite  . . 

   nak tengok sekali lagi masuk ler sini. . . 
berkat usaha kita so kamu sendiri so kamu nampak hasilnyakan. . . . walawehhhhhhh....tahniah KN4 kita dapat hadiah dalam kategori dipertandingkan. . . 1) KELAS TERCANTIK - N0.1 2) KOIR - NO.2 3) KAD KREATIF - DAPAT NO.2 & NO.3. . WALAWEH........tahniah atas usaha kita bersama, atas gelagat dan sebagainya..hahahhaah. kita bolot semua hadiah dalam kategori dipertandingan
tibanya kita berpisah, tapi jangan risau..KORUNK tetap dalam ingata.. GUD LUCK untuk semua LUV n MISS U ALL.  .(TEPUK2 SYG) . . .
bye...sesungguhnya korunk yang terbaik. . ingat lagu selamat pagi cinta yer...khas untuk anda suma.......hehehehheee...nanti kite usulkan cerita PART2 pula kalau kite berkesempatan. kat blog nni juga merupakan luahan hati dan kamu akan lebih mengenali dan memahami siapa penulis belog ini. . .
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
  



No comments:

Post a Comment

Jom Bubuh Komen Korunk Kat SINI. . .